Thursday, May 20, 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru SK Demit 1 Tahun 19 Mei 2010



Pada 19 Mei lalu. SK Demit telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Pelbagai acara telah di adakan antaranya persembahan oleh guru dan juga oleh pelajar. Selain daripada itu acara sukaneka juga turut di adakan, walaupun ianya tidak dapat di adakan di padang kerana padang yang becak. Apapun acara yang di adakan cukup meriah dengan penglibatan semua guru serta pelajar.

Monday, April 12, 2010

Next Week UBB 2 ( April )

Kepada semua murid sukacita diingatkan sekali lagi untuk bersedia untuk menduduki peperiksaan UBB2 Tahun 2010. Jadikan UBB sebagai sebagai kayu ukur untuk mengukur pencapaian kita sebagai seorang murid. Yakni adakah berlaku peningkatan atau sebaliknya. Sebagai seorang yang bercita-cita untuk berjaya dalam hidup. Graf pencapaiannya hendaklah senantiasa mendaki bukan menurun.
Ingatlah tujuan kita berada di sekolah ialah untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan. Jadikan pengorbanan dan susah payah ibubapa kita sebagai azimat untuk kita belajar dengan bersungguh-sungguh.

Sunday, January 24, 2010

Majlis Persaraan Pn Nik Rosenah




Tanggal 21 Januari 2010 SK Demit 1 Kehilangan seorang tenaga pendidikan yang amat komited dengan tugas. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn Nik Rosenah bt Mahmood. Kehilangannya amat dirasai oleh bukan sahaja rakan sekerja bahkan juga dikalangan murid-murid. Ini adalah kerana beliau sifat beliau yang amat senang didekati serta penyabar. Dikalangar murid-murid beliau begitu mengambil berat terhadap anak didiknya.