Wednesday, November 18, 2009

Murid yang Mendapat 5A dalam upsr 2009



Pertamanyan saya ingin mengucapkan Tahniah kepada semua warga SK Demit 1 di atas kejayaan 17 orang pelajarnya berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan hari ini. Daripada jumlah itu 10 orang adalah terdiri daripada murid lelaki dan selebihnya 7 orang terdiri daripada murid perempuan. Pencapaian ini adalah peningkatan sebanyak 1 orang berjaya mengatasi pencapaian tahun lepas iaitu seramai 16 orang. Apapun sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya, manakala kepada murid yang belum berjaya ingatlah perjalanan kamu kita masih jauh. Kegagalan kali ini bukan bermakna kita gagal untuk selamanya. Terlalu banyak peluang dihadapan menanti kita untuk kita memperbaiki kelemahan kita ini. Dan ingatlah Allah s.w.t sangat menyayangi kita semua sebagai hambanya. Samaada kita telah berjaya ataupun belum berjaya semuanya itu adalah ujian bagi kita.

Saturday, October 31, 2009

Program Membaca 1Malaysia Peringkat Sekolah



Pada hari ini bersamaan 1 November 2009 SK Demit 1 telah berjaya menganjurkan Program Membaca dan Gontong Royong 1 Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Hasmah Bt Jusoh selaku Guru Besar SK Demit 1. Semua murid telah berjaya dilibatkan dalam program yang julung-julung kali diadakan ini. Antara aturcara majlis ini ialah ucapan oleh Pn Guru Besar, Guru Besar membaca sebuah buku sebagai simbolik pelancaran dan nyanyian lagu 1Malaysia

Monday, September 28, 2009

Sambutan Idil Fitri 1430 (2)
















Sambutan Idil Fitri SK Demit 1 1430H

Warga SK Demit 1 tidak ketinggalan meraikan sambutan Idul Fiti. Kelihatan dalam gambar Tuan Guru Hj Bahrudin B Salleh bersama pasangannya.Mereka kelihatan begitu mesra sekali

Wednesday, September 16, 2009

Tribute untuk Murid Tahun 6


Lagu ini menjadi kegilaan Murid-murid sekarang. Tanpa mengira had umur mereka dah hafal/khatam lirik lagu ini. Murid-murid kita juga tidak terlepas dari tsunami ini.
Apapun "Hanya Kau Yang Mampu" @ " kau Fikirkan yang kau boleh ".....bunyi agak-agak sama...so jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk adik-adik maju kedepan...Sebab "Allah s.w.t Tak Akan Mengubah Nasib Kita Jika Kita sendiri Tak Berusaha Untuk MengubahNya"...Pastinya Allah s.w.t amat menyayangi hambanya yang beriman dan beramal soleh kerananya...

Monday, September 14, 2009

Murid-murid SK Demit 1















Pelajar-pelajar SK Demit sedang berkumpul di Dewan Sk Demit untuk suatu majlis.Setiap kali berkumpul pelajar-pelajar ini sangat teruja untuk beramah mesra sesama mereka. Kelihatan di dalam gambar ialah pelajar tahun 5A sedang memberi pose istimewa untuk rakan-raan sekalian.Antara yang asyik memberi pose istimewa termasuklah Adik Hisham,Alisya, Iqmal,Afzan,Amni,Hikmah dan ramai lagi.Semoga keceriaan mereka ini dapat di terjemahkan bila mereka menduduki Peperiksaan UPSR tahun hadapan...insyaallah

Majlis Restu Ilmu Pelajar Tahun 6