Tuesday, September 20, 2011

Sekitar Majlis Persaraan Cg Mohd Azmi B. Mohd Yazid - PK HEM



Monday, September 19, 2011

Majlis Persaraan PK Hem - 19 September 2011

video

Pada hari ini, 19 September 2011, Seluruh warga SK Demit 1 kehilangan seorang lagi PK Hem iaitu Tuan Hj Mohd Azmi B Mohd Yazid . Disebabkan tamat tempoh dalam perkhidmatan ( bersara wajib ). Kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh warga SK Demit 1 kerana sifatnya yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja serta tidak kekok untuk bergaul dengan sesiapa sahaja.

Monday, June 13, 2011

Sekitar LawatanTKSU Bhg Pengurusan Kemanusiaan KPM




Alhamdulillah, pada hari ini 13 Jun 2011 seluruh warga SK Demit ( 1 ) sangat berbesar hati dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu rombongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang di ketuai oleh TKSU Bhg Pengurusan Kemanusiaan, Dato Wan Khazanah Bt Ismail.Lawatan muhibbah tersebut bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang terdapat di sekolah.

Friday, May 21, 2010

Watak- watak utama SK Demit 1


Cg Rosli Dan Cg Hj Bahruddin sedang meraikan kejayaan merekai memenangi Ketogeri Guru Paling Macho 2010Acara memperagakan pakaian oleh murid tahap 1
Cg Baharudin sedang buat apa........


Thursday, May 20, 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru SK Demit 1 Tahun 19 Mei 2010

video

Pada 19 Mei lalu. SK Demit telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Pelbagai acara telah di adakan antaranya persembahan oleh guru dan juga oleh pelajar. Selain daripada itu acara sukaneka juga turut di adakan, walaupun ianya tidak dapat di adakan di padang kerana padang yang becak. Apapun acara yang di adakan cukup meriah dengan penglibatan semua guru serta pelajar.

Monday, April 12, 2010

Next Week UBB 2 ( April )

Kepada semua murid sukacita diingatkan sekali lagi untuk bersedia untuk menduduki peperiksaan UBB2 Tahun 2010. Jadikan UBB sebagai sebagai kayu ukur untuk mengukur pencapaian kita sebagai seorang murid. Yakni adakah berlaku peningkatan atau sebaliknya. Sebagai seorang yang bercita-cita untuk berjaya dalam hidup. Graf pencapaiannya hendaklah senantiasa mendaki bukan menurun.
Ingatlah tujuan kita berada di sekolah ialah untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan. Jadikan pengorbanan dan susah payah ibubapa kita sebagai azimat untuk kita belajar dengan bersungguh-sungguh.

Sunday, January 24, 2010

Majlis Persaraan Pn Nik Rosenah


video

Tanggal 21 Januari 2010 SK Demit 1 Kehilangan seorang tenaga pendidikan yang amat komited dengan tugas. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn Nik Rosenah bt Mahmood. Kehilangannya amat dirasai oleh bukan sahaja rakan sekerja bahkan juga dikalangan murid-murid. Ini adalah kerana beliau sifat beliau yang amat senang didekati serta penyabar. Dikalangar murid-murid beliau begitu mengambil berat terhadap anak didiknya.