Wednesday, November 18, 2009

Murid yang Mendapat 5A dalam upsr 2009



Pertamanyan saya ingin mengucapkan Tahniah kepada semua warga SK Demit 1 di atas kejayaan 17 orang pelajarnya berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan hari ini. Daripada jumlah itu 10 orang adalah terdiri daripada murid lelaki dan selebihnya 7 orang terdiri daripada murid perempuan. Pencapaian ini adalah peningkatan sebanyak 1 orang berjaya mengatasi pencapaian tahun lepas iaitu seramai 16 orang. Apapun sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya, manakala kepada murid yang belum berjaya ingatlah perjalanan kamu kita masih jauh. Kegagalan kali ini bukan bermakna kita gagal untuk selamanya. Terlalu banyak peluang dihadapan menanti kita untuk kita memperbaiki kelemahan kita ini. Dan ingatlah Allah s.w.t sangat menyayangi kita semua sebagai hambanya. Samaada kita telah berjaya ataupun belum berjaya semuanya itu adalah ujian bagi kita.